Welcome To Interactions

This blog is purposefully set up for our dynamic interactions.

* We can share vital and valuable information.


* We can also continuously learn.


* More we can do together through this blog

Please benefit from our intention, willingness, and commitment, to be:

A Class Of Our Own...

Sunday, June 21, 2009

Anwar Ibrahim Dan Seminar Pencinta Buku Malaysia Ke-3






Anwar Ibrahim Dijangka Semarakkan Seminar Pencinta Buku Malaysia Ke-3

Oleh Wartawan Kita

Di antara ramai pemimpin politik di Malaysia, Dato' Seri Anwar Ibrahim telah dikenalpasti sebagai tokoh utama bakal mensemarakkan Seminar Pencinta Buku Malaysia Ke-3, dengan tema Pesona Perpustakaan, di Dewan Utama, Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam, Selangor, dijangka pada Rabu bersamaan 12 ogos 2009.

"Kami sedang mendapatkan persetujuan beliau untuk hadir dan memberikan ucap utama seterusnya merasmikan seminar ini", kata Ali Dina.

"Dengan itu, kami sanggup menganjak tarikh, khususnya mengambilkira tarikh pilihanraya kecil yang berlangsung dalam masa terdekat, terutama di N 41 Manek Urai, serta mengambil kira menjelangnya Ramadhan kelak", tegasnya.

Tambahnya lagi, "Dato' Seri Anwar Ibrahim sememangnya dikenali dan diakui gemar membaca, dan satu daripada keistimewaannya ialah inti bacaannya itu dikongsi dengan khalayak ramai melalui pentas ceramahnya di seluruh negara".

"Disamping itu, Dato' Seri Anwar Ibrahim ialah intelektual yang pandangannya perihal isu nasional dan global diinginkan media peringkat antarabangsa".

"Harapan kami, kali ini Dato Sri Anwar Ibrahim terus menjadi Penggerak Masyarakat khususnya di Selangor dan amnya sebagai Pemimpin Rakyat di Malaysia, supaya ramai menjadi pesona kepada perpustakaan", jelas Ali Dina lagi, mewakili bukuonline.net.

Seminar sehari ini difahamkannya ialah anjuran bersama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Yayasan Pembangunan Buku Negara, Akademi Buku Malaysia, dan komuniti pencinta buku iaitu bukuonline.net.

"Kami juga sedang berusaha untuk melantik TVSelangor sebagai Media Rasmi. Ini memandangkan bahawa kini TVSelangor mula berkongsi nilai dan makna, serta sudah semakin meningkat popular di kalangan pelayar dan pengguna Internet di Selangor dan di Malaysia", tegas Ali Dina lagi.

Seminar ini terbuka kepada institusi berkaitan dan orang perseorangan. Terutama pencinta buku, penggerak dunia perbukuan, pustakawan, penerbit, pendidik, pegawai kerajaan, ahli politik, pembuat dasar, pelajar, dan individu yang berminat.

Penyertaan ialah dengan bayaran yuran berpatutan memandangkan sambutan menggalakkan pada Seminar terdahulu 1 dan 2, di mana penyertaan adalah dari seluruh Malaysia, sedangkan tempat kali ini adalah terhad kepada 150 sahaja.

Ali Dina menerangkan, 5 objektif seminar ini adalah:

1. Menyediakan forum bagi para pencinta buku dan penggiat dunia perbukuan berdiskusi ke arah memperkasakan perpustakaan sebagai pusat intelektual masyarakat.

2. Menyediakan medan perkongsian pengalaman di antara para pencinta buku dan komuniti pembaca dengan para pustakawan.

03. Memberi input kreatif kepada para pustakawan untuk membangunkan perpustakaan masa hadapan sesuai dengan kehendak serta keperluan masyarakat khususnya pembaca.

04. Membincangkan peranan serta fungsi semua pihak bagi memastikan konsep perpustakaan masa hadapan mampu dilaksanakan.

05. Memupuk semangat cintakan ilmu melalui pembacaan berkualiti.

Selain itu, di antara manfaat hadirin seminar ini ialah natijah perkongsian informasi pembentang kertaskerja dan Bazar Lambak Buku.

Setakat ini, di antara tajuk dan panel pembentang kertaskerja seminar yang telah dikenalpasti penganjur ialah:

* Pesona Perpustakaan: Antara Cabaran Memberi Perkhidmatan dan Berfikir Di Luar Kotak, oleh Mastura Muhammad (PPAS), Shaharom TM Sulaiman (BukuOnLine.Net), dan Zubli Zainordin (Pengasas Sains Dan Seni Jaya Diri Total).

* Ke Arah Memperkukuh Jaringan Perpustakaan Dan Masyarakat: Perspektif Penuis dan Tokoh Politik, oleh Ann Wan Seng (Penulis Bebas), dan YB Yusmadi Yusoff (Ahli Parlimen Balik Pulau).

* Menilai Semula Sistem Pembekalan Dan Lalulintas Buku Di Perpustakaan: Perspektif Penerbit Dan Pengedar, oleh Hasan Hamzah (Persatuan Kontraktor Buku Malaysia), Sayed Munawar Jamalullail (Leader Dimension Sdn. Bhd.).

* Pengalaman Estetika Menjelajahi Perpustakaan: Perspektif Pengguna Dan Pembaca, oleh Dato' Jaafar Rahim (Perunding Pemikir Kreatif), Dr. Abu Hassan Hasbullah (Zentrum Future Studies), dan Tuah Sujana (Penulis Remaja).

Seterusnya Ali Dina menyatakan, "bersempena dengan seminar ini pihak penganjur menyediakan Bazar Lambak Buku bertujuan untuk memberi peluang kepada pengunjung perpustakaan, orang ramai, dan peserta seminar mendapatkan buku terkini dan terpakai dengan harga istimewa".

"Penyertaan daripada para peminat, pengumpul, serta penjual buku adalah dialu-alukan", tambahnya.

Ali Dina menjelaskan, "seminar ini adalah satu daripada siri usaha berterusan wacana keilmuan dalam dunia perbukuan yang membawa kepada hala satu peradaban", jelasnya.

Tambahnya lagi, "tumpuan tahun ini ialah mempelbagaikan daya tarikan perpustakaan terhadap masyarakat khususnya, dan Rakyat umumnya, sehubungan kemajuan buku dan pustaka".

Kepada yang inginkan informasi lanjut, boleh menghubungi, Norelmin Sapuan (PPAS), el_mien@yahoo.com, 03-55197667 sambungan 126, Khairusy Syakirin Has-Yun 0173166508, Rahimi Md Saad 0126706655, dan beliau sendiri, Ali Dina 0193678067.

No comments: